TIPS CONVO UIA

Di sebabkan sekarang musim konvo kan, so macam ramai ja juniors yang busy prepare tu dah macam nak kawen. Dan macam-macam tips yang diminta dan tak larat nak ulang benda yang sama, maka kakak buat post la sikit bagi semua senang rujuk kan.

Ok, kita start dengan attire lah. (fokus kpd graduan uia sahaja taw sebab u lain mungkin banyak bezanya)


Jadi untuk lelaki:
http://convo.iium.edu.my/dress-code/
Tips:
  1. Rambut jangan sapu minyak macam lori minyak tumpah atas lantai. Sebab nanti nak pakai mortar susah asyik terjatuh kalau licin sangat. Hampa dah tak pakai tudung nak cucuk jarum kan? Nanti cucuk jarum dekat kepala fikir syirik plak pakai susuk.
  2. Nak tak panas, pakai la suits baru sweet gitu. Okeh tak main ja. Sebab mostly kan ramai rimas pakai sampin kalau nanti sampai petang nak bergambar lagi.
  3. Kasut make sure berkilat lah.
  4. Perfeum jangan la over sangat sampai orang depan atau belakang sakit hidung okeh.
Rasa yang tu ja untuk bros sebab depa tak banyak benda nak kena fokus kot.


So here for the sisters yang cantik lagi bergaya:

http://convo.iium.edu.my/dress-code/
Tips:


  • Baju

    • Baju kalau nak cantik jangan la pakai warna hitam dekat bawah tu kain tu. (ni pendapat aku ja taw orang lain mungkin nampak biasa ja) Sebab nanti tak nampak sangat la kasut bila tengok gambar atas stage tu dia tangkap time kita berjalan. So bila nampak kasut, nampak macam cantik wau gaya mcam model tengah roadshow gituu
    • Pakai la baju yang warnanya contra dari jubah sikit. Sebab jubah uia kan warna unik tekois mcam tu. And tudung pon semua cream so no problem semua baju matching ja dengan tudung tu.
    • Jangan pakai kain yang meleret-leret mcam nak buat draam hindustan atas stage. Kesian orang belakang nak jalan nanti terpijak kain haaa habis la menari lah atas stage tu
  1. ahah. tengok warna kain ni nanti takut tak kontra sangat la contohnya hahahahaha. (Aimi jgn marah eh) tpi warna tapak dia ndah ok warna putih boleh buat telekung gitu.

avoid color tone yg mcam ni la kalau nak cantik. takut nanti nampak mcm jubah

ni haaa takut nmpak mcm jubah mcm bdk tu. dah la kontot dah. mcm kwn sebelah tu cantik haaa nampak contra sikit
  • Tudung
    • Wajib warna cream. Cream apa pon rasa mcam tak kisah ja. Hahahaha. 
    • Pilih elok2 nak pakai tudung atau shawl. Sebab nak pakai mortar lagi nanti. Pastu pakai buang plak mortar tu nanti orang nak test pakai apa lah.
      hah ni cream. mana2 pon takpa.

      nak ada batu2 macam ni pon boleh. Jangan batu sebesar alam sampai duduk bawah stage pon nampak dah la. Janji jgn bercorak ja. sbb nanti pakai robe tak nampak tudung. nampak kepala ja
  • Kasut
    • kasut hitam. bertumit. jangan la sandal. Bertumit pon jangan yang bunyi ketuk ketuk bila berjalan macam kita ja atas tu
    • Biar selesa nak pakai jalan atas stage. Sebab takut tinggi sangat dan tak selesa tetiba ada adegan plak atas stage tu. Ditambah dengan nervous kn?
    • Make sure kasut tu tak licin dan tak terkeluar tapak. (Sbb tahun lepas time konvo ada kawan dah nak naik stage baru perasan kasut lekang)
  • Jarum
    • Untuk memudahkan nak letak dekat tudung nanti. Sebab bila pakai mortar dengan tudung,dia jadi licin dan tendency untuk mortar asyik jatuh sangatlah tinggi. Jadi bawa la jarum peniti. Bawa banyak pon takpe nanti boleh bagi kawan2.
  • Bag kecik?
    • I dont know need atau tak. untuk letak phone atau bedak nak touch up nanti kan. Tapi purse tak payah bawa la untuk mengurangkan bebanan. Powerbank pon charge la awal-awal
    • Kalau nak bawa, masukkan dalam robe. Kalau tak mau, nanti tinggal bawah kerusi time nak bangun naik stage

Settle kot bahagian attire. So flow dia pulak lah:
  • Before masuk:
    • Kalau parents perlukan kerusi roda atau sebagainya, bagitau komiti awal-awal. Sediakan air mineral dan gula2 ke untuk mereka makan dalam tu nanti.
    • Jangan lupa pesan untuk mereka makan berat2 dulu before masuk dewan sebab nanti after sesi mesti sibuk ank bergambar sampai lupa nak makan.
    • Untuk yang menunggu dekat luar jangan lupa pesan la tempat2 yang boleh mereka melawat tapi jangan sampai sesat. (Tapi selalunya tak sempat pergi jauh pon nanti dah settle sesi tu).
    • Payung sebab sekarang musim hujan.
    • Pergi uia awal sikit sebab takut jammed nak kena cari parking lagi. Pastu confirm dapat parking jauh kalau yang sesi petang ni.

  • Semasa nak masuk
    • Before ke gate masing2 untuk masuk dewan, jangan lupa hantarlah parents/waris yang nak masuk dalam dewan tu ke gate mereka dulu. Sebab masuk gate lain2. Mereka bukannya tahu pon gate mana kan? So bawak mereka awal sikit sebab mereka kena masuk awal
    • Dah settle mereka dekat gate, silalah ke gate masing-masing. Kena ingat gate mana kena beratur. Berbeza ikut seating tu. Kena beratur ikut seating. Masa ni lah nak minta kawang-kawang repairkan mana yang tak okay dan tolong kawan-kawan sekali. Masa yang eksited sebab jumpa kawan-kawan yang berhempas pulas sama-sama setelah sekian lama tak jumpa tapi jangan leka pulak.
    • Semua dah beratur, majlis akan umukan graduan masuk cac. So masuk time masuk tu dah dirakam. Jadi jalan pandang la depan. Senyum. Jangan menyembang pulak.
    • Seating arragement tu ikut nama ikut majoring masing-masing.

  • Semasa majlis
    • Alert dengan arahan komiti.
    • Duduk tu jangan meyembang kuat sangat dengan kawan-kawan.
    • Nak sefie tu berpada-pada sama jaga behaviour.
    • Beratur dekat luar. Nanti komiti akan cek ok tak attire kita. Mana lagi yang perlu dibetulkan. Yang tali dekat mortar ada logo uia tu ada beza taw before ambek scroll and after kedudukan dia tu. Kiri atau kanan. Tak ingat la benda tu so nanti rujuk video pakai robe tu lah.
    • Time beratur akan ada yang ambil gambar dengan kawan-kawan. 4 orang sekali macam tu. Kalau nak beli after tu jumpa orang tu. Dia akan bagi number kot time tu.
    • NAIK STAGE
    • Nak naik stage, ikut mark yang ada dekat atas tu. Alert sikit.
    • Jangan nervous sangat sebab sekejap ja atas tu. Sesekejap macam sebut nama penuh sendiri.
    • Time terima scroll jangan cakap thank you tapi sebutlah terima kasih. Nampak senyum annti dalam gambaar. Kalau thank you, cer tengok cermin sikit ahahah.
    • Dah turun duduk tempat mohon behave nak menyembang tu. Sebab bakal bosan. So boleh lah main phone.

  • Keluar majlis
    • Cari parents dulu pleaseeee. Atau before tu pesan awal-awal nanti jumpa dekat mana.
    • Tangkap gambar dengan parents dulu baru kawan-kawan.
    • Jumpa kawan-kawan. Tapi jangan lupa sediakan tempat dulu untuk parents duduk rehat atau makan.
    • Kalau nak bawa bag besar lebih untuk letak hadiah pon okay tak dak la jenuh nak pegang tak emnag tangan kan. Macam aku last year alhamdulillah dpt dua bag orang bagi so senang semua sumbat dalam dua bag tu.

Dah settle semua, robe terpulang nak hantar terus atau nak pegang. Sebab hantar robe baru dapat scroll.


ni maklumat related to convo



Dah kot semua tips tu. Rasa macam tu ja lah.

Comments

PEOPLE ALSO VIEWS: