.:: INDAHNYA KENANGAN ::.


Kenangan yang ada untuk disimpan bukan untuk dilupuskan. Oleh itu, Allah mengurniakan kita ingatan yang mana boleh kita ingat apa yang kita lalui dalam hidup supaya kita boleh jadikan ia sebagai pedoman dalam hidup kita. Supaya kita rasa indahnya hidup sebagai hambaNYA yang beriman da bertakwa.

Selalu kita dengar:
Itu sejarah lama, aku tak nak ingat semua tu.
Namun, tahukan kita sejarahlah yang menjadikan kita maju pada hari ini. Dari sejarahlah kita belajar gaya hidup Islam. Dari sejarahlah kita al-Quran dapat dibukukan. Mak selalu cakap:
Kalau tak ada orang lama( dulu2) tak akan ada orang zaman sekarang.
Maksudnya dalam di sini. Salah satunya adalah segala yang ada pada zaman kini semuanya bermula dari sejarah. Betulkan?

Sejarah atau kenanganlah yang memberikan kita semangat untuk meneruskan kehidupan pada hari ini.
Sebagai contoh:
Apabila kita melakukan kesilapan pada hari ini adakah kita akan melupakannya? Tidak kan? Adakah kita akan mengulanginya lagi? Sudah tentu sedaya upaya kita mengelak dari mengulanginya kan? Sebab itu pentingnya kenangan dan sejarah. Ia jadikan kita supaya belajardan ambil pengajaran darinya.

Dan dari kenangan juga ia akan merapatkan lagi ukhuwah kita dengan yang lain terutamanya keluarga dan rakan- rakan.
Sebagai contoh:
Mengapa kita susah melupakan rakan-rakan kita yang dari kecil lagi kita kenal? Sebab kita masih ingat kenangan tersebut kan? Dan kenanangan itulah yang menjadikan kita sentiasa ingat pada mereka dan menjadikan hubungan kita dan mereka kuat sampai sekarang.


Oleh itu, hargai setiap kenangan yang anda ada. Jangan pernah fikir untuk hapuskan segala kenangan itu. Itu merupakan rahmat yang Allah berikan kepada semua. Bayangkan andai nikmat tersebut ditarik maka bukankah anda akan menyusahkan dan menyedihkan orang yang adna sayang dan orang yang menyayangi anda? So, fikirlah secara positif setiap apa yang berlaku. Ada hikmah disebalik semua tu.

Tetiba teringat kenangan zaman sekolah rendah yang macam budak2 sangat. Zaman tak matang. Zaman yang enjoy. Orang kata zaman yang tak fikir apa bila buat.

Main ting-ting belakang blok kelas. Tak puas lagi sampai lorong2 pn boleh ja melompat. Lagi dahsyat dalam  kelas pon boleh jadi. ( maaf, saya bukan pemainnya hanya sebagai penonton. Huwawaawa). Main congkak smapai biji guli pon hilang. Entah2 telan sekali atau apa. paling dahsyat dalam bawah meja guru pon jadi kerja. Imanginasi entah apa2 tak masuk akal. oleh juga meja guru dijadikan kapal terbang.
Cepat!! Kapal terbang dah nak berlepas. Sapa lambat tinggal.~kononnya berlagak macam pilot lah tu?

Itu baru darjah empat. Naik darjah lima ingat nak matang lagi tapi lebih kurang ja. Tapi mungkin lagi kreatif kot. Upgrade sikit semua nak jadi doktot. Ambil pencil mechanical (picit) letak mata pensil atas tangan kononnya nak rawat pesakit. (oh, my!! Macam mana boleh join yaa? :D)


Dah bosan jadi doktot nak jadi chef pulak. (Adoiyyaaa) Buat sotong kering?? (Oh, my!!) Pemadam pon sanggup potong buat burger, nuget, makan lain2. Memang serba boleh masa kecik2. Imaginasi tak terjangkau di minda.

Ini baru time darjah empat dan lima. Time darjah satu, dua dan tiga lagi dahsyat. Kecik2 darjah satu dah mula belajar buli orang. (Aishhh!!! terpengaruh dengan tv semua ni) Darjah dua pulak lawan asah pensil samapai pendek. Lawak tengok sapa paling cepat habis pensil ( Bila dah besar fkir balik membazir betul aku kecik2 dulu. Sekarang hanya ada sebatang pensil kayu yang dibawa ke universiti dan dbeli sejak PMR dulu lagi tak habis2 lagi)

Lagi dahsyat bila cikgu tak ada semua budak perempuan menjerit-jerit sebab kena usik dengan lipas. (oh, lipas yang comel) Kemudian kononnya gertak (ugut) nak report dekat cikgu tapi action ja lebih. Turun tangga sikit ja dah buat halaqah tak sempat pon pergi bilik guru.

Indahnya kenangan itu.
Walau apapun, tahniah kawan2, apa yang kita main dulu2 dah jadi realiti dah untuk kita semua. Semua dah ada haluan masing2. Apapun, moga ikatan persahabatan yang terbina ni kekal selamanya. In sya Allah. :)

Weyh, ampa semua!!! Jom, nak main lagi tak?/ :D~Buang tebiat ka apa dah?/


Comments

PEOPLE ALSO VIEWS: