.:: ILMU WAHYU, STAM? STPM? MATRIK? ASASI? DIPLOMA? ::

Oleh kerana kanak-kanak telah tamat SPM maka mereka sedang mencari hala tuju masing-masing. Fikir, timbang tara baik buruk kos mana nak diambil buat perjalanan hidup sebagai pengembara ilmu di dunia.

Mungkin bagi orang lain ada yang kata awal lagi, result tak keluar lagi. Relax la.

Cheh, aku pon kata macam tu juga bila kanak-kanak ni tanya. Tapi itu just nak menyedapkan hati mereka supaya mereka fikir masa masih panjang untuk buat keputusan. Supaya tak buat keputusan terburu-buru. Bukan sebab nak cakap tak payah fikir lagi.

Baiklah, bagi menjawab persoalan mereka-mereka yang bertanya tentang UIA apakah layak untuk ambil kos ILMU WAHYU DAN WARISAN ISLAM di UIAM khususnya maka saya huraikan di sini ya kamu-kamu.

Nama kos:

  • ILMU WAHYU BERTERASKAN WAHYU DAN WRISAN ISLAM atau
  • ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE AND HERITAGE atau
  • IRK.
Syarat-syarat:
harapnya boleh nampak la ye gambar tu. kalau xboleh buka sini
Subjek apa yang akan dipelajari:

Apakah subjek-subjek ni setiap semester pilih sendiri? :
  • Depend on department. Kadang department tentukan subjek apa kadang department suruh pilih sendiri.

Kos apa yang boleh diambil untuk degree? :
  • Usuluddin dan perbandingan agama (50 arab- 50 bi)
  • Fiqh dan usul-fiqh (100% arab)
  • Quran dan Sunnah (100% arab)
  • Pendidikan (100% bi)
Apakah bidang kerja nanti? :
  • Dekat ISS ada kerja. Ahaha... Macam handling murtad n etc. Kenal Shah Kirit? Heh. Itulah.
  • Jakim dan tabung haji banyak mau minta orang derr~ustaz cakap nahhh..-boleh la jadi pegawai.
  • cekgu pon boleh.
  • Jabatan agama kan banyak. Penasihat segala tu.
  • Bank-penasihat syariah. (betulentah.lupadah)
  • Penterjemah buku arab or kamus (dapat pahala berterusan tu.. tapi ni bagi yang teror tahap cipan arab la)
  • Buat kamus (kamus oxford arab warna biru tu lec chek na buat. heh. Kamus Farid warna kuning ala-ala koko pon lec arab chek jugak nahhh.. ).
  • lagi-lagi saya tak tahu sangat. Maaf. Tapi memang banyak bidang kerjanya. Bergantung pada rezeki la. Heeeee...


Boleh ambil tak kos ni kalau tak ada basic arab?:

  • Kos ni memang akan belajar dalam arab. Cuma beberapa subjek sahaja dalam bi. Macam computer dalam bi.
  • Dan semua students uia memang akan belajar arab tak kisah kos apa. Engenering pon belajar arab woo. Jangan main.
  • Jadi kalau tak ada still boleh cuma agak lambat la sebab nak master arab dulu. Saya pon setahun belajar arab sepanjang asasi. Setahun lagi belajar subjek dia la tak kan nak joget kan. Heh.
  • So my opinion n nasihat:
  1. Better ambil dulu kos mana yang paling matching dengan uolls punya bidang dekat sekolah dulu. Sebab nak dapat tempat. Nanti dah dapat masuk asasi uia minta tukar ke kos ni. Arab tu nanti boleh belajar. Cuma akan take time la. Tapi kena banyak bersabar la. Sebab akan lama. Jangan bandingkan tempoh masa kita belajar dengan orang lain. and, don't worry, bukan kamu sorang je yang lama. Saya pon lama nah asasi.
  2. Kalau nak terus apply kos ni pon boleh. Tapi mungkin agak tipis la sebab syarat asas dia memang arab. Tapi kena yakin, kalau ada rezeki in sya Allah dapat. Yakin dengan Allah itu kunci utama.  
  3. So, all the best buat keputusan!! Fikir elok-elok nak guna step mana. Istikharah. Dan kamu mungkin akan jadi macam saya dulu-dulu. Buat keputusan tolak matrik lambat sebab tengah timbang tara nak buat keputusan nak pergi asasi ni ambil masa lama sangat. Heeee... 
Asasi, matrik, diploma, STAM, STPM mana better? :

1.Asasi
  • Ok, asasi sijil tak laku. Means incase failed asasi nak minta kerja tak diterima. Tapi kalau uia failed asasi oleh repeat lagi. u lain tak taw.
  • Asasi uia memang konfirm akan masuk degree uia. Konfirm dapat tempat tapi kena la bagi lulus. Kalau failed tok wan sendiri pon tak bagi masuk even tu u dia kan? Heee,,, U lain tak.
  • Asasi uia sangat best! Aktiviti banyak. Sapa nak santapan minta macam ceramah, talk, forum and etc memang banyak. Antara rajin atau tak sahaja.
  • Kalau degree lagi best sebab international. Ramai makhluk asing. Hehe.. Dan ada pesta tu nak kenai semua negara bila manusia malaysia yang lalu akan rasa diri kerdil plus kecil sangat sebab depa semua tu macam giant woo..
  • Cuti lama. haha..
  • Keburukan dia uia sistem dia pelik dari yang lain.
2.Matrik.
  • Sama macam asasi. Sijil tak laku.
  • Matrik senang nak score untuk dapat pointer elok tapi tetap kena rajin. Kalau malas tarappapa..
  • Kalau tetap nak further bidang yang kita nak masa degree masih ada peluang incase dapat asasi or diploma yang bukan bidang kita nak.
3. Diploma.
  • Sijil laku. Habis diploma terus minta kerja sementar nak sambung degree pon ok.
  • Tempoh nak sambung degree nanti cepat sahaja maaaa... 
4. STAM or STPM.
  • I thinkSTPM  macam lagi senang nak score dari asasi. Hehe.. ~marah budak stpm. sebab rata2 budak stpm dapat result bagus2 tapi tetap kena rajin la. (rugi tak ambil stam dulu. piuuu,, arab pon merangkak)
  • Sijil laku. Incase malas nak sambung degree lagi nak minta keja sijil laku.

So, apapon, istikharah. tulis baik buruk semua benda. Musyawwarah. Tanya pendapat family, kawan2 dan guru. Istikharah semula dan yakin dengan jawapan anda.



Sekian. Harap dapat membantu. Ada soalan boleh tanya. Tapi mungkin akan lambat respon sebab raya maaa,, cuti.. haha.. Sebab tengah hujung cuti sem dah. Nak spend masa lagi banyak dengan family dengan adik2, nak prepare masuk sem baru lagi Dan nanti baru nak mula sem, add drop subjek segala bagai akan melambatkan saya dan takcukupkan kaki tangan nak online. So, harap bersabar.




catatan saya, pendapat saya, namun terpulang pada anda, menyuarakan pendapat anda.

Comments

PEOPLE ALSO VIEWS: