DENAI TIGA PUTERI

This weekend bagi menghabiskan masa terlapang yang tak lapang sangat lah maka kita berhiking la bakar lemak sikit ke Denai Tiga Puteri.

Denai Tiga Puteri ni dekat Kota Damansara. Tapi kalau nak waze/map (better map lagi), janganlah waze Denai Tiga Puteri sebab kalau waze (tadi aku dengan kawan2 guna waze) dia bagi laluan highway yang mana lalu atas jalan atas highway tu dia dah tunjuk you reach Denai Tiga Puteri. (Pinggan lah hmmmm)


Ni haa dalam kereta atas highway dia bagitaw dah reach destination. Punah jugak la harapan 
awal tu ingat dah sampai pastu eh???

Jadi nak kena search apa?


Dah map, dah pusing-pusing nanti sampailah destinasi. 
Perjalanan nak memanjat:

Track:
Bagi aku okay lah okay. Setakat nak lari lompat track dia tu okay la awal-awal. Nak kayuh basikal pon boleh. Sebab track dia easy ja. Cuma nak sampai atas tu macam tebing kecik sikit lah. Sikit ja tapi muat la nak lalu. Cuma hati-hati takut jatuh tapi kalau jatuh boleh kot sambut lagi.

Nak dibandingkan, track nya sama ja macam hiking bukit kot. Kalau pernah naik Gunung Ledang, sama la, cuma rendah sikit. Atau macam Bukit Saga mungkin. Sebab banyak laluan tapi naik turun naik turun. Eh biasalah. Kalau musim hujan mungkin akan licin dan sedikit lecak sebab kawasan hutan kan banyak daun berguguran.

Trail: 

Nampak tak nampak gambar trail tu? Nampak tak dia banyak cabang dan laluan?
So boleh pilih la mana-mana. Nak yang cepat sampai atau lambat?
Tapi pesan awal lah, acah ja kot nak pilih laluan tu, end up nanti ikut ja mana kaki nak jalan dulu.


Tengok gambar tu. Haaaa ada tiga puncak semua. Tapi yang paling tinggi sabaq lah baca bagi habis dulu.


Maka bermulalah sesi panjat-memanjat.
Ada checkpoint: Temuan-Sahabat-Unity-Unity Peak-Harmoni_serenity-Denai-Salleh Trail



Next is sahabat trail. 
Pastu harper wira group. Abaikan objek sampingan selain papan. 


Ok tak sampai lagi ni. Baru sikit. 


Jalan sampai laaaaaaaahhhhhhhhhh

Kau fikir kau dah sampai? Hahahahhaha

Hmmmm jalan la lagi kan.
Melalui lereng lereng ni. Sila hati-hati.

Done! Sampai. 

Begitu view diaaaa. Terik. 

Harus! 


Masa:
Duration nak sampai, kalau takda guider mungkin tambah tolak berhenti ambil gambar, fikir jalan lagi, pace pulak turun naik akan jadi 1jam 15min mungkin. Atau lebih.

Tapi tadi kami semua ambil masa dari 9.25am-1100am.
Sebab stop ambil gambar setiap checkpoints ada la dalam 3-4 minit sambil fikir laluan mana nak ambil.
Kalau dah familiar tahu jalan mungkin sekejap sahaja lah. Ramai ja adik-adik sekolah menengah, tadika pon ada. Macam hiking broga dah gayanya. (Tapi broga tak best)

Untuk turun, boleh guna jalan tadi atau ikut jalan lain pula. Tapi tadi kami semua ambil jalan lain dari time naik. So tambah tolak stop dekat air terjun sejemput tu dari 11.35a.m sampai lah 1.15p.m

Kenapa macam terlebih dari naik? Sebab mcam tersilap laluan nak keluar dari situ. Sebenarnya boleh jalan dekat keluar ikut jalan raya tapi kami semua tersilap pusing tasik Kota Damansara tu.



Level:
Biasa. Easy kot. Sebab kalau bawak air mineral satu botol tak dehydrate lagi lah (aku naik melenggang bawa phoen ja. ) Tersangatlah jarang buat macam tu selalunya bawa air. 
Kalau nak lawan dengan tabur, tabur moderate lah. Ni macam bukit saga ja jalan-jalan.

Stamina kalau terbiasa juga jalan-jalan bukan asyik naik kereta ja mungkin tak semput. (Kalau aku lah, yang selalu jalan 3km hari-hari rasa ok ja lah).



Perlu guider? Sesat tak kalau tiada guider?
Tak perlu pon. Ikut ja trail yang nampak kesan orang guna tu nanti sampailah. Sesat tak tu, tak payah masin sangat hati tu. Jaga sama hati dan fikiran bila masuk tempat orang. (kalau aku dengan geng ni memang selalu aci redah ja jalan setakat ni. Cuma lama la dari orang lain sebab explore something new kn)

Part tali sikit ja. Tak guna tali pon okay. 

Haaa begini trail dia. Masih mampu berlarian sangkut di pokok. 

Haaa landai jaaa. Cam biasa lah. Denai kan. 


Ok done lah!

Last, lanja video dari atas. Sekian.


Comments

PEOPLE ALSO VIEWS: