GUNUNG DATUK

After a longgggg time.
Hi and assalamualaikum!

Setelah sekian lama juga marilah ketuk-ketuk jari di keypad telefon yg kecil ini dengan pengalaman lama membakar lemak ke Gunung Datuk.

Setelah sekian lama tak menulis, aku seperti seorang yang dungu permulaan cerita bagaimana ia perlu digarap. Mulakan dengan gambar ataupun laporan seperti berita di kaca tv atau channel youtube ataupun instagram tv? Atau laporan karangan tingkatan 5?

Tapi tanpa sedar aku telah meleretkan cerita membazirkan 3 minit anda atau mungkin 6 minit sekiranya pembacaan anda seperti Minah membaca Laut I Miss You?! Gituuu.

Baiklah, regangkan otot kepala, toleh kiri kanan, atas bawah, depan belakang. Angkat tangan kanan goyang-goyang goyang. Angkat tangan tarik tolak tarik tolak. Haaa begitulah awalnya.

Kita awali pendakian dengan perkara harus dahulu. Tangkap gambar di pintu masuk.

Tangga ikut rumah sukan. Jangan gaduh. Pilih sorang satu okay. Tak cukup rumah sukan sendiri, boleh ikut rumah sukan crush. Haaa gitu.


Baiklah. Ini serious.
Menurut sumber google Gunung Datuk ketinggiannya mencecah 2900kaki. Terletak di Negeri Sembilan.


Secara kasar, seperti biasa aku bahagikan dengan beberapa section:


  1. Masa
Pendakian 6 orang manusia (2 wanita yang tak fat mahupun fit), masing2 agak kebaraian kerja tak cukup rehat sehari sebelum dengan kesihatan yang menyakinkan, waktu naik kami diumumkan adalah 2j15min. Tak normal tapi average. Boleh speed lagi jadi 1j45m or 1j3m. Bergantung kekerapan berhenti berehat dan bergambar.

Turun dengan keadaan malas memakan masa 1j30m, sekiranya rajin dan confident tanpa bergegar lutut 1j.

Apapun, semuanya bergantung pace, stamina, kekerapan berhenti, jumlah pendaki

2. Trek
 Pada aku, treknya biasa standard gunung.
Haaa trailnya. Ada kawasan berbatu, kawasan curam kawasan landai (tanah biasa tu lah kan. Ehmmmm). Ya aku tahu itu bukna datuk2 yang kita cari tapi ini ja gambar HD yg clear trail dia tapi ada yang berdiri situ jugaaakkk!!

Walaupun demikian, anda usah bimbang, kawasan batu dia biasa2 ja. Pakai glove la kalau sayang tangan atau tangan sehaluussss kapas takut calar kan. 

Kawasan curam dia rasanya masih boleh sampai puncak la. 

Kawasan landai anda boleh berlarian cuma hati hati jangan laju sangat. Beri hak kepada semut dan kawan kawan nya berkawad horahoreyyy!! Sebab ramai dekat situ jadi hati-hati. Akar-akar pokok pon banyak. Takut tersadung. Terjatuh. Kalau terjatuh tersimpuh okay lah juga dapat cover lagi kalau tidak? 

3. Level
Masih boleh diteruskan. Bagi aku, kalau budak - budak sekolah ramai pergi, means untuk yang dewasa biasa-biasa. Mungkin kalau terlampau kurang stamina, exercise banyak sikit.

Perlukan kekuatan lutut untuk support semasa melalui kawasan berbatu dan menuruni curam serta batu. 

Tidak lupa kekuatan tangan nak grip batu. 

4. Perlu guider atau tak
Secara jujur, tak perlu. Tapi tawakkal. Sebabnya laluannya memang terserlah satu laluan. Cuma ikutlah laluan yg dah banyak orang guna. 

Tipsnya yang aku sedar nak kenal laluan orang selalu guna ni, laluan tu tak banyak daun kering. Laluan tu ada bekas tapak kasut.

Cuma mungkin, pantang larang orang tua-tua, masuk kawasan orang jangan celupar mulut, pemikiran, serta terlalu seronok.




Tips tambahan:
Jangan terlalu mengharap cepat sampai puncak dan jangan mudah tertipu dengan signboard. 
Jangan terlalu seronok di puncak. Hati-hati sebab puncaknya gondoh berketul ketul batu. Anginnya kuat serta sejukkkk!!!
Jangan lupa bekalan coklat + air + makanan kalau lapaq


Pelik macam tak dak gambaq kan? Sabaq sat.


Begini lah gambaran laluannya. 
Hai uncle! Sapa bagi mencelah ni?? 


 Ni bukan puncak. Tapi boleh singgah masak megi dulu.

Hati-hati naik sini. Angin kuat. Tangga tu ambil turn taw naik. 


 Letih dia tak main weyhhhhh. Siap bertongkat.


View dari atas yaaaaaaaa macam nak terjun ke bawah rasanya kan?


Malas la nak susun gambaq yang should be awalnya jadi dekat bawah. Hmmmm


Puncak nya kena panjat batu belakang tu. Kayu tu jumpa dekat bawah. Ihihihihi. Pinjam sat. Agak membantu.


Cantik kan view atas. Giloooooo!! Puas hati dan berbaloi.


Ok kali ni special video by Naim. So tengok la awal dari bawah, sepanjang perjalanan sampai lah habis. 



Maklumat tambahan :
1. Parking kawasan terhad sikit. 
2. Before sampai destinasi make sure dah buang segala air. Besar atau kecil. Time kami sekalian p, jamban tutup oii. 
3. Before naik kena register. Bayar RM5 sorang. Lepas turun sign la. Tanda anda dah selamat tiba. 



Gambar dan video credit kepada Naim, Amier, Akram & diri sendiri (tapi tak banyak) 😂

Comments

PEOPLE ALSO VIEWS: